suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Galak bercinta sejak ayah meninggal dunia, anak geram ibu kerap ’video call’ dengan teman lelaki - “Jemur baju pun nak VC!“

Ruang privasi dan aurat wanita perlu dijaga daripada terdedah dengan individu asing. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN insan baharu usai kehilangan pasangan bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh keluarga terutamanya anak-anak.

Situasi lebih rumit apabila hubungan tersebut menimbulkan rasa kurang selesa khususnya apabila melibatkan soal privasi di rumah.

Demikian situasi dialami gadis ini yang kecewa dengan sikap ibunya yang sedang angau dengan kekasih baharunya walaupun bapa mereka baru meninggal dunia.

Segelintir individu terlampau lalai dalam percintaan sehingga mengabaikan privasi ahli keluarga lain. -Gambar hiasan AI

Didakwa terlampau kerap membuat panggilan video bersama teman lelaki baharu, situasi itu serba sedikit mengganggu ruang privasi serta auratnya ketika di rumah. 

"Aku kecewa dengan mak aku, dekat rumah ada adik, mak dengan aku je, Kitorang bertiga perempuan dekat rumah ini sejak ayah meninggal.

"Mak aku ada teman lelaki baru, asyik video call je. Jemur baju, masak, sebelum tidur... Aku tak kisah tapi masalahnya, kami jenis selamba pakai baju seksi sebab tiada lelaki di rumah," ceritanya.

  • Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap ibunya yang didakwa terlalu kerap membuat panggilan video bersama teman lelaki baharu selepas pemergian bapanya.
  • Ibunya dikatakan sering membuat panggilan video ketika melakukan aktiviti harian seperti memasak, menjemur pakaian dan sebelum tidur.
  • Wanita itu tidak menghalang ibunya menjalinkan hubungan baharu, namun bimbang soal privasi dan aurat ahli keluarga terdedah.
  • Lebih mengejutkan, dia terserempak dengan ibunya sedang membuat panggilan video ketika menjemur pakaian di bilik stor.

Secara tidak langsung, aurat serta pakaian peribadinya didakwa telah terdedah kepada teman lelaki ibunya dan perkara itu cukup dikesali gadis berkenaan. 

"Tadi aku masuk bilik stor sebab nak letak baju dalam mesin basuh aku nampak mak aku jemur baju dalam stor.

"Tapi aku tak sangka dia tengah video call teman lelaki dia dan telefon dia betul-betul sebelah mesin basuh tu lepas tu mak aku jerit sambil gelak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aurat kau tu, tahu tak?” - Staf senior buat ‘fatwa’ sendiri, marah simpan stok susu badan dalam peti ais pantri

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan minta banyak, cuma RM10 untuk alas perut… Anak sulung terkilan keluarga langsung tak peduli

"Weh gelak apa yang kelakarnya? Aku jerit lepas itu terus masuk bilik menangis sebab aku kecewa sangat tak terkata," tambahnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan situasi tersebut dan tegas menyatakan batas privasi serta aurat keluarga khususnya wanita perlu sentiasa dijaga.

Walaupun ibunya berhak meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan usai kehilangan pasangan, soal pergaulan serta keselesaan anak-anak juga wajar diberikan perhatian agar hubungan kekeluargaan terus terpelihara.

Artikel Lain